untuk bertemu penghujung jalan
jalan yang merupakan laluan hidup
di sepanjang jalan
aku bertemu ramai manusia
manusia yang aku panggil kawan
tanpa ragu
aku tersenyum dan terus berkenal
tanpa takot
menjemput serta berlari
laluan kita sama
selari
cuma persamaan untuk laluan kita saja lain
tapi ia masih selari
aku gembira
aku tersnyum sepanjang jalan
berlari bersaing
bila aku hampir terjatuh
kawan itu membantu ku bangun
begitu juga aku
dan sambil ku berlari
aku menoleh sana sini
menikmati apa ada disekeliling
aku ternampak dikau
di laluan yang selari sama dengan ku
semangat ku makin berkobar
ingin menang dalam larian kita
walaupun aku laki kau perempuan
ku tetap mencabar kau berlari bersama ku
kerana aku disepanjang jalan ini
aku ingin semua orang menemani aku
memberi kekuatan maksimum
dan aku paham bila laluan kita sudah tidak selari
kerana tujuan hidup kita lain
hasil persamaan algebra kita lain
garisan laluan kita turut tidak sama lagi
laluan kau jauh melintang kerana dihujung laluan kau ada jawapan menanti
laluan aku juga begitu
aku terus kan berlari
kerana aku yakin
bila kita ada jawapan masingmasing
garisan hidup kita akan bertemu di satu tempat yang dimana
persamaannya menunjukkan garisan itu bersilang
tapi tidak tahu dimana titik diatas kertas yang penuh garisan ini akan menemukan
laluan hidup kita
aku+kau=____
aku+mereka=kawan&lawan
dimana titik pertemuan kita kasih hati?
No comments:
Post a Comment