masa..
berlalu deras bagai air sungai..
cuba menahan
tapi mampu kah
buat ia berhenti
dengan tapak tangan y kecil ini?
mahupun dengan seluruh badan y diberikan sempurna?
mampukah kita?
aku masih terduduk di kerusi ini
kerusi lama
walaupun sini tempat lain dari tempat y dulu.
merenung skrin.
menaip puisi
wal hal
kini sepatutnya aku tidak disinngi
sepatutnya aku tidak hanya duduk
sepatutnya aku mendaki
sepatutnya aku cuba terbang ke bintang
sepatutnya aku tidak hanya lihat sungai itu mengalir deras
kerana sungai itu tak kan tunggu kita
seperti masa
sungai itu hendak terjun tidak pula dia pekik
"hoi air dibelakang terjun dulu..aku nak tunggu si jebon sekor kat tebing tu berenang ke seberang"
kalau ada..
air terjun mungkin tak wujud didunia ini
kerna semua air memberi alasan tidak mahu terjun dan berhenti.
tapi air sungai tiada jangka hayat
tidak mati seperti jam.
kalau sainstis duludulu
nak guna air terjun sebagai jam bukan nya bayangbayang
sudah lama wujud teori 1hari beratusan jam..
kerna 1 saat nya cukup laju..
tak termampu nak kejar.
walau beratusan jam.
manusia masih lagi berlengah selagi hari itu masih ada.
bila sudah di penghujung hari yang gelap.
mula lah bergegas mahu tidur
kemudian di atas katil
berfikir.
"alamak banyak lagi kerja ku"
baru nak ingat dunia walhal masa yang berlalu kau biar tanpa kau tegur masa itu.
sombong punya manusia
1 comment:
fetch award kt my blog okay
Post a Comment