tahukah kau betapa rindu
tahukah kau betapa sayang
tahukah kau betapa cinta
ku pada mu.
bila kau berdiam
bila kau menyepikan diri
hatiku terlalu resah
tak mampu aku halang perasaan
cemburu di hati
kerna aku terlalu merindui dirimu
isteriku,
ingin aku zahirkan mimpi ini
bersama mu
cintaku,
ingin aku ucap di setiap
pagi mu
bidadariku,
ingin ku kucup dahi mu
sebelum tidurmu
hadirnya dirimu
hidupku sentiasa ceria
mengenangkan telatahmu
cukup buat aku tersenyum sendiri
mendengar suara mu
cukup membuat aku bahagia
melihat wajahmu sambil tersenyum padaku
cukup membuat hatiku berbunga
membayangkan plot novel cinta
adalah kisah hidup kita
aku pasti akulah insan paling bahagia
walaupun itu angan-angan
aku mahu jadikan ia nyata
bersamamu
hanya kamu
aku tahu perjalanan hidup ini
masih panjang dan berliku
tetapi aku sentiasa berdoa kepada-Nya
agar jodoh kita bertemu
bila tiba masanya
3rd batch : NEW STOCK!
14 years ago
No comments:
Post a Comment