surat ini khas hanya untuk engkau
bacalah
terimakasih aku ucapkan kepada kau
kerna kau banyak membantu ku tanpa kau sedar
dan minta maaf jikalau aku buat kau berasa janggal
dulu
sewaktu aku bertemu kamu
tidak terdetik hati untuk menyayangi kamu
dulu
aku cuma pria kesepian
aku cuma mencari teman
tapi
setelah aku melihat senyuman itu
aku terpesona
terkesima
terpana
aku memuji dalam hati ciptaan tuhan
yang ada di depan mata ku ketika itu
hati ku ingin menyayangi kau
dan melupakan silam ku yang kelam
ingin mengikut cahaya yang umpama bulan dimalam hari
jadi aku cuba menghampiri
aku cuba capai walau ku tahu bulan itu tinggi
sehingga aku lupa akan silam
terima semua yang telah berlaku
tapi aku tak sedar perasaan itu terlalu besar.
dan kini
aku hanya punya perasaan untuk melindungi mu
larikan kau dari masalah
larikan kau dari sedih
seperti dulu
seperti masa aku cuma seorang teman
seperti masa aku cuma seorang yang mendengar
seperti masa aku cuma teman kau bercanda
maaf kan aku
aku tahu disatu sudut hati kecil mu itu
ada seorang raja yang aku tak mampu lawan
dan rampas takhta nya
dan aku cuma berharap aku dapat menjadi pelindung kerajaan yang ingin kau bina
melindungi kau dari segala nya
kerna aku tak mahu lupa senyum yang kau berikan
p/s:khas untuk si pipi muncet.
2 comments:
utk sayaa???? hee malu :p
hahaha wekXD
Post a Comment